Posts

Showing posts from June 13, 2016

"Kan bagus kalau kita boleh undurkan masa" .

Image
"Kan bagus kalau kita boleh undurkan masa" . "Kenapa nak undurkan masa?" . "Sebab nak betulkan pilihan yang salah" . "Kalau semua perkara boleh manusia betulkan dengan sendirinya, di mana kedudukan manusia sebagai hamba? Kita tak sempurna. Sebab tu kita perlukan Tuhan. Kita perlukan Dia untuk meminta pedoman, meminta panduan. Mungkin kesalahan memilih yang kita lakukan, adalah cara Dia untuk ajar kita sesuatu, supaya kita tak akan ulang kesalahan yang sama pada masa hadapan" . "Awak kata awak mahu betulkan kesalahan dalam membuat pilihan, kan? Bagaimana kalau pilihan seterusnya yang awak buat juga adalah pilihan yang salah? Adakah awak akan undurkan masa sekali lagi, berulang kali, hingga awak dapat apa yang awak mahukan? . Dalam hal ini bukan takdir atau masa yang bersalah, tetapi manusia. Berilah sebanyak mana peluang untuk kembali membetulkan pilihan, tetapi jika manusia itu sendiri