"Kan bagus kalau kita boleh undurkan masa" .





"Kan bagus kalau kita boleh undurkan masa"
.
"Kenapa nak undurkan masa?"
.
"Sebab nak betulkan pilihan yang salah"
.
"Kalau semua perkara boleh manusia betulkan dengan sendirinya, di mana kedudukan manusia sebagai hamba? Kita tak sempurna. Sebab tu kita perlukan Tuhan. Kita perlukan Dia untuk meminta pedoman, meminta panduan. Mungkin kesalahan memilih yang kita lakukan, adalah cara Dia untuk ajar kita sesuatu, supaya kita tak akan ulang kesalahan yang sama pada masa hadapan"
.
"Awak kata awak mahu betulkan kesalahan dalam membuat pilihan, kan? Bagaimana kalau pilihan seterusnya yang awak buat juga adalah pilihan yang salah? Adakah awak akan undurkan masa sekali lagi, berulang kali, hingga awak dapat apa yang awak mahukan?
.
Dalam hal ini bukan takdir atau masa yang bersalah, tetapi manusia. Berilah sebanyak mana peluang untuk kembali membetulkan pilihan, tetapi jika manusia itu sendiri yang tak mahu berubah, semua peluang itu akan jadi sia-sia.
.
Sebagai manusia yang beriman, perlu kita pegang kuat kepada qada’ dan qadar. Tak apa sekali tersalah, inshaAllah itu akan jadi permulaan baru untuk membaiki diri"
.
"Saya tahu. Awak dah pesan banyak kali kan. Tapi susah. Rasa susah sangat nak redha"
.
"Kita susah nak redha, sebab kita belum betul-betul ikhlas"
.
"Macam mana nak betul-betul ikhlas?"
.
"Terima apa yang dah jadi dengan hati yang lapang. Teruskan hidup dengan tak lagi mengenang apa yang dah berlalu. Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu"

-- #HijrahDaieMisteri 🍃:

Popular posts from this blog

Cry

So, it was just a part of growing up. I decided to not get too attached with anyone.