
Tuhan,
Hari ini aku merindu sesuatu yang bukan milikku.
Sakitnya itu, hanya Engkau yang Maha Mengerti.
Hati ini tak pernah berpaling walau sekali.
Masih orang yang sama dan masih lagi cuba untuk melupakan.
Beri aku kekuatan untuk melupakan.
Tuhan,
Dia lelaki terbaik Engkau kurniakan.
Segalanya aku ikhlaskan.
Bersyukur dengan segala takdir yang Engkau tetapkan.
Tak pernah sekali aku salahkan takdir atas perpisahan ini.
Tuhan,
Aku memandang segala ujianMu dengan penuh kasih sayang.
Hadirnya seseorang dalam hidupku,
Perginya seseorang dalam hidupku,
Mengajar aku erti kehidupan.
Tak semua yang kita mahu kita akan dapat.
Tak semua orang yang kita sayang akan ada perasaan yang sama macam kita.
Tuhan,
Perpisahan ini mungkin ingin menjentik hati aku,
Yang terlalu lalu sayangkan manusia lebih dariMu.
Aku lupa,
Dia juga milikMu.
Maafkan aku Tuhan.
Tuhan,
Hari ini...
Lelaki yang aku sayang sudah bahagia.
Aku redha dan tinggalkan dia demi bahagianya.
Jaga dia ya Tuhan.
Jaga dia untukku.
Semoga dia selalu dalam dakapan kasih sayangMu.
Permudahkan segala urusannya.
Semoga dia bahagia dengan gadis pilihannya.
Tuhan,
Saat ini..
Hati ini aku serahkan sebulatnya padaMu.
Setiap isi hatiku, naluri hatiku, doa, bisik dan bicaraku,
Hanya Engkau yang Maha Mengentahui.
Jauhkan aku dari kesedihan.
Aku kembali sebagai hambaMu yang penuh khilaf,
Meminta untuk jadi seorang muslimah terbaik,
Yang disayangi penduduk langit dan bumi.
Seorang gadis kuat yang bukan lagi cengeng,
Seorang gadis yang tahu menilai mana permata mana kaca,
Seorang gadis yang ingin setia pada Pencipta Cinta.
Seorang gadis yang lembut hatinya untuk memaafkan.
Terima taubatku ya Tuhan.
Jangan bersedih andai kita rebah
di lantai bumi,
kerana sudah pasti setiap rebahnya diri
akan ada 'ibrah' dari
Tuhan.
Bukankah aturan Allah
indah belaka? Keep positive.
Make du'a to other people.
Why not to be wanita indah di mata Tuhan?
"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman...."
(Ali Imran; 139)