Penghuni Rahim Pertama Ibu...

 



assalammualaikum kesayangan ibu Nur Faqihah 'Addin binti Ahmad Nashrul yang paling ibu cinta dan sayang. Penghuni rahim pertama ibu, yang memberi gelaran ibu kepada ibu, yang paling ibu nantikan 9 bulan 10 hari. Anak kesayangan ibu dan ayah... 




anak ini yang banyak mengajar ibu erti penat lelah menjadi seorang ibu. tapi sekalipun ibu tak pernah mengeluh membesarkan Faqihah. Faqihah lahir ke dunia tanpa diminta. Allah beri Faqihah pada ibu sebagai hadiah dan amanah yang bila-bila masa Allah boleh ambil kembali. 

Kadang-kadang ibu lupa yang Faqihah pun milik Allah. Faqihah tak ada sesiapa melainkan ibu & ayah. Tapi ketahuilah sayang, marahnya seorang ibu bukan bermakna ibu benci. 

Ibu minta maaf seandainya ibu bukan ibu yang baik. kadang-kadang ibu penat bermain dengan emosi sendiri. ada perkara yang ibu pendamkan. ada perkara yang ibu simpan jauh dalam lubuk hati. ada beban yang ibu tanggung yang tak ada siapa pun nampak & tahu. ibu tekanan dan ibu rasa ibu teruk bila lepaskan pada Faqihah yang tak tahu apa-apa.. bila difikirkan balik, ibu menyesal. ibu malu dengan diri ibu.

Anak, setiap hari ibu cuba jadi yang terbaik. setiap hari ibu cuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya. walaupun kadang-kadang masih gagal, ibu bangun dengan semangat yang baru dan azam yang baru untuk Faqihah dan adik. Ibu tak ada sesiapa dekat sini melainkan Faqihah dan adik. Hanya Faqihah dan adik semangat ibu, senyuman ibu. 

Mamatok..

Mamatok jadi saksi dan selalu jadi pendengar setia setiap kali ibu down. setiap kali ibu lepaskan kemarahan ibu pada Faqihah, mamatok lah tempat ibu menangis walaupun mamatok jauh. tak seronok ada perasaan macamni. hanya Allah yang Maha Mengentahui segala isi hati. Ibu minta maaf.

Ibu cuma nak Faqihah tahu..




Sayangnya orang lain pada Faqihah, takkan ada orang lain yang akan sayangkan Faqihah sama macam ibu sayangkan Faqihah. Pedulinya orang lain pada Faqihah, takkan sama macam ibu pedulikan Faqihah. Orang memang nampak ibu bising, ibu bebel, ibu singa, ibu suka marah-marah, ibu teruk. Tapi dari umur Faqihah satu hari pun, walaupun ibu dalam pantang.. ibulah yang menjaga & merawat Faqihah dan Adik tanpa ada rasa penat walaupun perut berbelah. 

Ikhlasnya orang lain pada anak - anak ibu, takkan sama dengan ikhlasnya seorang ibu pada anaknya. Setiap malam, yang usap kepala dan ubun-ubun Faqihah hanya ibu & ayah. Yang mengharap terbaik untuk Faqihah dan adik hanya ibu & ayah. 

kebaikan dan keikhlasan, hanya Allah yang boleh menilai. betul. tapi Allah bagi ibu akal juga untuk berfikir dan mata untuk melihat sesuatu perkara yang Allah aturkan.

Satu hari nanti, Faqihah akan faham kenapa ibu marah. Kenapa itu dan ini. Satu hari nanti Faqihah akan faham betapa dalamnya sayang ibu pada Faqihah. 

Ibu minta maaf ter-emosi. kadang-kadang kerana orang lain, Faqihah yang terpaksa tadah telinga, kena marah, kena rotan. Kerana orang lain, Faqihah mengalir airmata. Ibu minta maaf sayang.

Doakan ibu kuat dalam setiap dugaan yang Allah berikan. Doakan ayah murah rezeki untuk kita duduk sendiri. Doakan ibu & ayah sentiasa diberi kasih sayang & dikurniakan hubungan yang diberkahi Allah Taala. 

Ibu sayang Faqihah & Faheema.

Apa-apa pun Faqihah dan Faheema tetap yang pertama di hati ibu.

*hugs* 




Comments

Popular posts from this blog

Cry

So, it was just a part of growing up. I decided to not get too attached with anyone.

"Kan bagus kalau kita boleh undurkan masa" .