l i f e




Hidup ni memang sebuah kehidupan yang sangat menguji. Ada masa kita kuat, ada masa kita lelah. Kadang-kadang kita rebah, tapi ada masa kita bangkit demi orang yang kita sayang. Kita bertahan kerana doa-doa dari orang sekeliling. Ya, kadang memang perit nak telan kenyataan tapi itulah kenyataannya. Pahit dan perlu ditelan. 

Ada perkara yang kita tak jangka akan terjadi. Yes, something that we never expect might be happen. Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir. If Allah said "Kun fayakun", maka jadi lah sesuatu perkara itu. Walaupun jauh di sudut hati, kita benar-benar kecewa.

-- IKHLAS

Ada masa hati penat. Perlu juga masa untuk menyendiri. Aha, kita bukan malaikat. Bukan juga maksum. Kita cuma manusia. Yang ada hati dan perasaan. Ada masa kita sedih. Ada masa kita marah. Ada masa kita perlu masa untuk diri sendiri. We are just human. Yang ada PERASAAN. 

Ikhlas mudah untuk diluah tapi tak dapat dilihat dengan mata kasar.  Yang boleh menilai keikhlasan hanyalah Allah Taala dan segalanya aku berserah kepada Dia.

-- MAAF

Hati bukan mainan. Peluk, cium, ucap maaf. Senang. Tapi tak sesenang hati untuk lupakan. Untuk sesiapa sahaja. Aku bukan jenis yang mudah melupakan. Apa sahaja. Tapi... aku cuba untuk jadi yang terbaik. Dan terima seadanya dan apa adanya. Selagi boleh bertahan dan tabah, yes. Apa lagi yang boleh dibuat dari seorang hamba kalau bukan SABAR?


-- KEBAIKAN

Mak selalu nasihat, kebaikan yang kita buat jangan minta untuk dibalas dan dilihat. Biarlah Tuhan saja yang menilai segala kebaikan. Kita buat baik, biar Allah saja yang membalasnya. --

Kadang-kadangkan, penat juga buat kebaikan bila tak dihargai. In whatever situations, sebenarnya "Terima kasih" pun sudah mencukupi. Taklah minta emas permata, dilayan seperti raja permaisuri, tapi itulah... Mak pesan, -- Jangan mengharap bulan bintang kalau taknak kecewa. Yedak?

Belum lagi part terasa. 
Haih... Apalah.. nak diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Apa yang boleh dibuat hanyalah sabar dan redha.



Apa-apa pun kehidupan mestilah diteruskan. Apa pun yang orang cakap, pedulikan. Apa pun yang orang buat. abaikan. Apa pun ujian yang Allah bagi, hadapilah dengan senyuman. Ingatlah, bahawa Allah takkan menguji hamba-Nya jika Dia tahu hamba-Nya tidak mampu. Kerana perancangan Allah itu sebaik-baik rancangan. Serahkan semuanya kepada Allah.

Yang penting, ibu ada Faqihah. Yeay 💓



Comments

Anonymous said…
tak apa lah. Allah ada :)

Popular posts from this blog

Cry

So, it was just a part of growing up. I decided to not get too attached with anyone.

"Kan bagus kalau kita boleh undurkan masa" .