Happy Teacher's Day, Teacher Tini !



HappyTeacher's Day!

Selamat Hari Guru buat emak dan ayah ! Terima kasih banyak mengajar tentang kehidupan. Dari mula lahir, bertatih, merangkak, dapat berjalan sampai lah sekarang. Terima kasih mak, ayah. Guru yang paling terbaik pernah kakak jumpa. Walaupun kadang-kadang ada ajaran sesat yang mak ayah ajarkan. Hahahahaha. Terima kasih di atas setiap teguran dan pengajaran yang mematangkan kakak dan adik-adik, In shaa Allah. Terima kasih mak ayah. Semoga ajaran dan ilmu yang mak dengan ayah  sampaikan dapat menjadi asbab mak dan ayah ke syurga satu hari nanti, in shaa Allah.




Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar kita. Start dari Tadika Pasti Al-Husna, Prasekolah SK Kuala Pahang, Tuisyen Nusaju and tuisyen lain (dah lupa tehee) Kelas Fardhu Ain & Agama Padang Polo, cikgu-cikgu  SK Seri Biram, SMK Tengku Abdullah, Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Ahmad, and UniTeM. Terima kasih. Walaupun kita banyak main masa tadika, banyak bercinta masa sekolah rendah, banyak tidur masa sekolah menengah, banyak brokenheart masa universiti, akhirnya kita dah pun umur 21 tahun! Time flies so fast. Cikgu-cikgu, Fathnin dah besar. Dah makin cantik. And nanti kalau Fathnin nak kahwin, Fathnin jemput cikgu-cikgu semua In shaa Allah (amboi saaaangat ayat confident). Terima kasih cikgu-cikgu. Semoga keikhlasan cikgu-cikgu mengajar kita juga menjadi asbab cikgu-cikgu melangkah kaki ke syurga. In shaa Allah.

and tak lupa juga Selamat Hari Guru buat pengalaman yang sangat banyak mengajar kita apa itu kehidupan. Terima kasih. Tanpa pengalaman, mungkin kita tersasar jauh dari landasan yang sebenar. Kerana pengalaman, kita kenal erti airmata, senyuman, marah, terluka.. Ya, semuanya kerana pengalaman. Kerana pengalaman kita kenal erti ketabahan. Terima kasih pengalaman. Tanpa pengalaman, siapalah kita.

(ketandusan idea nak type amende ni).

Oh, nak throwback masa jadi teacher tahun 2014 dekat Tadika Tak Yang Tak Berapa Nak Mesra (nama sebenar dirahsiakan atas faktor keselamatan negara.) Sorry muka terpaksa tutup. Ni tahun brokenheart yang teramat. Mata lebam teruk. Huhuuuuuuuuuu. Saja bagitahu. Hahahaha.



Rindu Amin dengan Kimi sesaaaaaaaaaaaaaaaaangat!  Amin (kiri) ni manja sangat walaupun dia umur 6 tahun(paling tua lah dekat tadika tu). Seriously! Dia sayang sangat Teacher Tini dia ni. Kalau Teacher Tini masuk kelas, cepat je dia duduk depan. Dia cakap nak kahwin dengan Teacher Tini bila dia besar nanti. Teacher bukan taknak, teacher serik betul dengan orang nama Amin ni. Hahahahahahha. Kalau teacher tanya dia, dalam banyak-banyak Teacher, teacher apa yang paling lawa? Mesti dia akan jawab "Teacher Tini". Sebabtu Teacher Tini sayang dia lebih. Wakakakaka.

Part Kimi (kanan) pulak, Kimi pun manja. Mestilah manja, namapun budak kan. Haih Fathnin ni. Kimi datang pepagi mesti nak pergi dekat Ecer Ini (nama special teacher tini. siapa gelak dia dugong). Kimi dahlah pelat lepastu kuat makan. Orang makan dua je biskut. Dia makan sampai empat tapi kekadang lebih sampai terpaksa teacher Tini bagi biskut teacher Tini. Huh Kimi!. Dia 4 tahun, kelas paling kecil. Selalu je kena geletek dengan Teacher Tini. Dia selalu balik paling lewat. Selalu teacher Tini tanya. Sayang Teacher Tini tak. Kimi jawab "Ayang". Lepastu Teacher Tini tanya "Ayang manyak ke ikit?". "Ayang manyak acamni *sambil depa tangan*". Hahahaha confius teacher ke Kimi yang comel sekarang ni. Hahahaha.

Haih Teacher Tini rindu.







Rayyan (kiri). Budak paling nakal pernah aku jumpa. Tapi senyap bila cakap pasal ultraman. Dia tak suka Teacher Tini (harap maklum) sebab teacher Tini selalu marah dia. Bukan Teacher Tini je, semua teacher memang selalu marah dia pun. Hahahahaha. Tapi sebenarnya dia manja. Kalau marah mesti pujuk balik. Kalau tak memang seharian dia akan nangis. Teacher Tini masuk kelas 4 tahun kalau nak buat dia senyap senang je, cerita je pasal superhero. Nasib baik Teacher Tini tak pakai costume ultraman. Kalau tak, haaaa malas je nak pakai kan. Kang semua ternganga. Kang dengan Teacher sekali berlawan dalam kelas tu. 

Rizqi, budak ni seriously hati tisu. Jangan tetiba jerit kalau taknak dia nangis bawah meja. Kalau si Rayyan, nangis akan panjat tingkap sebab merajuk acah spiderman. Kalau pesen si Rizqi ni,  Teacher Tini taktau dia ni jenis apa. Tapi Teacher Tini sayang sangat dia, sebab dia manja. Selalu je bergaduh nak duduk sebelah teacher and memang nak perhatian je manjang. Maybe sebab dia nak dapat adik kot. Mom dia pregnant. Entahlah ada kena mengena ke tak fakta tu. Err. 

Teacher Tini sayang dua orang budak nakal telinga cegeng ni. Moga jadi anak soleh and lupakan segala jeritan yang Teacher Tini pernah bagi okay. Hu hu hu


Mood: Rindu

















Popular posts from this blog

So, it was just a part of growing up. I decided to not get too attached with anyone.

Cry

"Kan bagus kalau kita boleh undurkan masa" .