Quotes“There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn, and people we can't live without but have to let go.”

Maaf.




Mungkin bersendirian itu lebih baik.
Ada masa diri melukakan hati orang lain tanpa sengaja. 
Lebih baik pergi dari melukakan hati orang lain..

Maafkan aku wahai insan yang ikhlas menyayangi aku,
Berdoalah pada Tuhan.
Andai kita masih punya jodoh,
Kita akan bersama. 

Hati ini rasa kehilangan,
Tapi lebih baik kau pergi dari aku terus melukakan  hatimu.
Wahai hati yang ikhlas menyayangi aku,
Ketahuilah bahawa kau insan terbaik yang aku kenali.

Insan yang cuba memahami aku,
Insan yang ada disaat susah dan senang aku,
Insan yang sentiasa cuba jadi yang terbaik buat aku,
Ketahuilah bahawa aku terlalu menghargai segala pengorbananmu padaku.

Anggaplah kehilangan ini jalan yang terbaik untuk kita.
Andai satu hari nanti kau ditakdirkan untuk menjadi jodohku,
Aku terima dengan hati yang ikhlas.

Semoga hari itu, 
Hati kau masih yang sama buat aku.
Dan masih cinta aku sama macam hari ini. 

Maafkan aku melukakan hati kecil bundamu,
Maafkan aku kerana musnahkan harapan ibumu,
Maafkan aku. 

Hati ini hanya Tuhan yang tahu, 
Biarlah hanya Allah sahaja yang menilai.
Semoga kau serta keluarga sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.

Yang ikhlas, Tini.